Seoul menyediakan parkir untuk wanita sejak 14 tahun lalu tetapi akan ditarik semula.

SEOUL – Ibu kota Korea Selatan menarik balik penyediaan tempat letak kereta untuk wanita sahaja, selepas 14 tahun ia diperkenalkan bagi memberi perlindungan kepada kaum wanita.

Tempat parkir untuk wanita sahaja telah dimulakan pada 2009 selepas beberapa siri jenayah kekerasan berlaku di tempat letak kereta bawah tanah.

Tetapi pentadbir bandar itu berkata, ruang itu tidak diperlukan lagi dan akan ditukar kepada tempat letak kereta berkeluarga.

Tindakan itu dikecam oleh pengkritik yang menyifatkan ia adalah dasar baharu anti-feminis di Korea Selatan.

Seoul, yang merupakan bandar terbesar di Korea Selatan, tempat letak kereta dengan lebih daripada 30 ruang diperlukan untuk memperuntukkan 10% kepada wanita, kurang daripada 2,000 daripada 16,640 tempat letak kereta awam dikhaskan untuk wanita.

Tempat itu cenderung berada berhampiran pintu masuk bangunan supaya wanita tidak perlu berjalan melalui ruang bawah tanah yang gelap.

Angka kerajaan pada 2021 menunjukkan lebih daripada dua pertiga daripada jenayah kekerasan yang dilakukan di tempat letak kereta di bandar ini melibatkan jenayah seksual termasuk rogol, serangan seksual dan gangguan.

Tetapi Datuk Bandar Seoul Oh Se-hoon, yang memperkenalkan ruang wanita sahaja, telah mengubah dasarnya sendiri.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk “mempertimbangkan keluarga”.

Pada masa sama, kaum lelaki di Korea Selatan berhujah bahawa polisi yang direka itu hanya untuk memanfaatkan wanita adalah satu diskriminasi.

Sedangkan kerajaan semasa telah mengeluarkan istilah “kesaksamaan jantina” daripada kurikulum etika sekolahnya dan cuba menutup kementerian kesaksamaan jantinanya. – Agensi