Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) mencapai kata sepakat untuk menetapkan harga lantai bagi pakej umrah ekonomi bermula dari RM7,800 pakej umrah premium atau VIP bermula dari RM14,000.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pada perjumpaan yang diadakan semalam membincangkan mengenai kenaikan harga tiket penerbangan dan penginapan hotel di Madinah dan Mekah.

“Antara dikenalpasti ialah permintaan mengerjakan ibadah umrah yang tinggi dari jemaah seluruh dunia.

“Pihak PAPUH berharap agar bakal Jemaah Umrah memahami keadaan yang berlaku sekarang di atas kenaikan harga pakej,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, PAPUH mengingatkan bakal jemaah umrah agar berhati-hati dalam memilih pakej terutama pada harga yang tidak munasabah untuk mengelak berlakunya penipuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast