Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar inflasi dijangka mencatat antara 2.8% hingga 3.8% pada tahun ini berikutan prospek ekonomi yang lebih perlahan serta harga komoditi yang lebih stabil.

Bagaimanapun, tinjauan inflasi akan dipengaruhi oleh turun naik dalam kadar pertukaran mata wang asing serta gangguan bekalan berterusan.

Secara empirikal, perubahan bagi satu mata peratusan untuk minyak mentah akan menyebabkan impak 0.337 dan 0.112 mata peratusan terhadap inflasi.

Sementara itu, Indeks Harga Pengeluar dijangka menyederhana disumbangkan oleh kos input global yang stabil. – MalaysiaGazette