Wajah Saharat Sawangjaeng sebelum dan selepas menjalani pembedahan.

BANGKOK – Polis telah menahan seorang pengedar dadah yang menjalani pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya seperti lelaki Korea.

Lelaki itu ditangkap selepas tiga bulan melarikan diri daripada buruan polis.

Saharat Sawangjaeng, 25,  dicekup di sebuah kondominium di sini minggu lalu.

Polis berkata, Saharat berjaya ditangkap selepas mengesan pengedaran ekstasi kepada penjual dan pembeli lain di Bangkok.

Saksi-saksi menyifatkan Saharat sebagai “lelaki Korea kacak” kepada polis.

Dia juga telah menukar namanya kepada nama Korea.

Saharat telah didakwa dengan pengimportan haram narkotik.

Dia mengaku memesan MDMA, juga dikenali sebagai ekstasi melalui web gelap menggunakan mata wang kripto, kata polis minggu lalu.

Saharat pernah ditangkap tiga kali termasuk atas tuduhan menyerang dan polis menemui 290 pil ekstasi dan 2 kilogram dadah cecair bersamanya.

Tetapi dia berjaya melarikan diri dari tahanan. – Agensi