Hanafiah Mat

KUALA LUMPUR – Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu Hanafiah Mat menafikan dakwaan beliau mempersendakan menu Rahmah.

Beliau yang tampil membuat penjelasan berkata, makanan yang dijamahnya dalam video yang tular hari ini bukanlah menu berkenaan sebagaimana yang didakwa. 

“Itu bukan menu Rahmah, saya tak sebut tu menu Rahmah, tangan-tangan jahat ni, orang politik ni yang iri hati terhadap saya yang sangat berjaya sebagai Exco di Terengganu yang sentiasa beri bantuan dan dekat di hati rakyat.

“Pada kejadian itu saya memang makan nasi dengan ikan goreng, ada sayur campur dan ayam, ada dua jenis sayur serta telur. Nasi itu kebetulan tak ada kuah.

“Saya memang orang Terengganu, saya memang tak pernah makan nasi tak ada kuah. Saya gunakan air yang saya minum sebagai kuah dan saya makan nasi tu sampai habis. Ia dilihat beberapa kawan saya. Kawan saya pun dia letak air makan nasi,” katanya memetik laporan FMT.

MalaysiaGazette awal hari ini melaporkan mengenai penularan satu video yang memaparkan individu yang didakwa Hanafiah sedang menikmati makan tengahari.

Status pengguna Twitter Shahbudin Husin, menimbulkan tanda raya apabila mendakwa Hanafiah cuba memperlekehkan menu Rahmah.

Video berdurasi 18 saat itu tular hari ini dimuat naik Shahbudin di Twitter miliknya dengan kata-kata “YB Hanafiah Mat, Exco Terengganu, dia cuba nak perlekeh menu Rahmah tapi sebenarnya telah menghina rezeki daripada Tuhan,” ciap Shahbudin di Twitter.

Dalam pada itu, Hanafiah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya akan ambil tindakan peguam terhadap tangan-tangan jahat cuba menjatuhkan reputasi saya sebagai wakil rakyat,” ujar Hanafiah lagi. – MalaysiaGazette

Exco Terengganu didakwa ‘perlekeh’ menu Rahmah

3 Komen

  1. Yg ni Lebai PAS ok ka? Kalau PM saman pemfitnah tegar dari Pendang, si pembodek Shahidan Kassim & lebai2 PAS menggelupur…yg ni hampa diam naaa..sikit2 nak saman..musibat punya lebai..dah lah masul bakul angkat sendiri..perasan exco paling berjaya…geli gelaman!

  2. rRak, ujub, takbur.. itukah konon parti islam? best tang mana nye? Jauh beza sungguh PAS sekarang dgn PAS zaman TGNA dulu. PAS sekarang cintakan dunia, terbelahak dgn dunia, tak cerminkan akhlak Islam langsung. Puak2 mcm ni lah yang menghancurkan dan merosakkan Islam di mata masyarakat di akhir zaman ni sebenarnya. Kerana puak2 mcm ni lah Islam dipandang rendah dan hina di akhir zaman. Perasan memperjuangkan islam dan melayu, perasan penghuni syurga.. selagi belum mati selagi tu kita belum tahu nasib kita di sana mcmana. Siapa sebenarnya yang Allah terima..

Comments are closed.