Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar didakwa sudah terperangkap dengan naratif Tun Dr Mahathir apabila menjadi pro kepada ‘prinsip secara selektif’ bukan menyeluruh.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan adakah tindakan Mahathir bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO perbuatan berprinsip.

“Non terperangkap dengan naratif Tun M,” katanya yang mengulas pujian Noh terhadap bekas perdana menteri itu.

Semalam, Noh memuji kepimpinan Mahathir ketika mengemudi parti tersebut.

Noh menyifatkan Mahathir seorang pemimpin berprinsip tinggi apabila UMNO bebas daripada individu yang terpalit daripada kes mahkamah.

Ketika itu, menurutnya, mana-mana pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah akan terus digantung sehingga kes mahkamah selesai dibicarakan tanpa mengira siapa individu itu.

“Saya lihat zaman Tun Mahathir jadi presiden parti, mana-mana pemimpin parti bila kena dakwa automatik gantung tak kiralah (Datuk Seri) Khir Toyo ke, (Tan Sri) Rahim Tamby Chik ke automatik gantung tapi hari ni dah terbalik.

“(Kini) Yang ada kes terus dapat jawatan, terus menang tak bertanding,” katanya.

Mengulas lanjut, Puad berkata, Mahathir telah mewujudkan “Kluster Mahkamah” melalui “pertuduhan selektif” untuk melakukan penghapusan politik.

Sebab itu Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikenakan puluhan tuduhan untuk membunuh politik mereka, sekali gus mengorbankan UMNO.

“Ternyata Tun M gagal. Zahid menang jawatan Presiden UMNO di pemilihan parti 2018. Kini Zahid menang pula jawatan Presiden tanpa bertanding. UMNO tidak berkubur pun.

“Maksudnya ahli yang buat keputusan. Mereka lebih faham dan cerdik daripada Noh. Mereka yang berhak menentukan siapa pemimpin ada prinsip,” tambah Puad sambil meminta bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu mengawal emosi marahnya. – MalaysiaGazette

Noh puji Dr Mahathir ketika jadi Presiden UMNO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pakcik Puad ni bagai bebudak bola U12 pemikirannya.
    Boleh bermain tahap tu jer bukan tahap kelab professional atau tahap umur TUA beliau.

  2. Pak puad memang hebat. Tun M si ukar tedung tu mana ada prinsip. Dis hanya pentingkan keluarga dan kroni saja. Berpindah dari parti ke parti macam beruk begayut di ranting pokok takut jatuh ke tanah.. sesiapa yang menyokong dia macam orang buta yang jalan meraba tiada tongkat.

Comments are closed.