KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan keluarganya.
Bekas Ketua Polis Negara itu berkata, mana-mana individu yang berbuat demikian akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya menerusi Twitter.
Beliau dipercayai mengulas beberapa video yang memaparkan perbalahan di antara seorang lelaki ‘mirip’ wajahnya hari ini yang dimuat naik pelayar @makcikbawangmu.
Dalam video berkenaan, memaparkan seorang wanita yang bercakap dengan lelaki berkenaan dalam sebuah rumah.
Kelihatan seorang kanak-kanak memakai baju-t kuning turut memukul lelaki berkenaan.
Kejadian itu berlaku tatkala wanita itu meminta semula telefon bimbitnya daripada tangan lelaki tersebut.
Ketiga-tiga video berkenaan kini ditonton lebih 2.4 juta penonton.– MalaysiaGazette
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami-isteri. Buang yang keruh ambil yang jernih barulah teguh peribadi.