MEXICO CITY – Lebih daripada 340 orang pendatang asing ditemui dalam treler yang tersadai di Veracruz.
Mereka ini berasal dari Guatemala, Honduras, El Salvador dan Ecuador, menurut Institut Migrasi Kebangsaan Mexico (INM)
Kanak-kanak tanpa diiringi ibu bapa turut berada di dalam treler tersebut.
Kesemua mereka ditemui sihat kepada treler itu mempunyai kemudahan kipas dan ventilator.
Polis berkata, setakat ini pemandu treler berkenaan tidak ditemui.
Tahun lepas, 53 pendatang ditemui mati dalam treler yang diletakkan di tepi jalan di Texas.
INM menambah, pendatang ini ditemui di laluan biasa yang digunakan untuk membawa pendatang ke sempadan Amerika Syarikat.
Para pendatang memakai gelang berkod warna untuk mengenal pasti mereka sebagai pelanggan penyeludup, kata polis.
INM berkata, mereka akan dijaga oleh perkhidmatan sosial Mexico sehingga status mereka diputuskan. – Agensi