Sumber Twitter
Video viral yang dikatakan mirip bekas seorang pegawai kanan polis. Sumber Twitter

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat oleh seorang peguam yang mewakili bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan individu dalam video perbalahan antara seorang lelaki dan wanita yang tular hari ini.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh Ahmad Faruq Sidik.

“Pengadu seorang peguam yang beramal di tetuan Hisham & Partners yang beralamat […] membuat laporan ini bagi pihak anakguam pengadu bernama Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj Hassan […] dimana anakguam pengadu pada 28/02/2023 jam lebih kurang 1630 hrs.

“Beliau telah datang berjumpa isteri beliau bernama Elly Efizahwati Binti Abdul Jalil […] bertujuan ingin berjumpa isteri dan anak beliau serta menyerahkan wang sebanyak RM5,000.00 untuk perbelanjaan dan juga membeli buku anaknya disekolah,” tulis laporan berkenaan.

Kejadian berlaku di rumah isterinya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, apabila Musa sampai ke rumah, isterinya meluahkan rasa tidak puas hati apabila menerima surat daripada peguam syariah.

“Isteri beliau telah mengeluarkan telefon dan ingin merakam video anakguam pengadu tanpa tujuan yang pasti dan walaupun anakguam pengadu melarang isteri beliau daripada merakam.

“Isteri beliau masih berbuat demikian menyebabkan anakguam pengadu merampas telefon tersebut,” menurut laporan itu lagi.

Ekoran itu, isteri Musa telah mengambil sebatang kayu dan memukul Musa sehingga jatuh terduduk.

Bekas Ketua Polis Negara itu kemudiannya mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Universiti Malaya.  – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. teruknya . sanggup pukul suami dengan kayu lagi . apa hal ni sanggup main kasar dengan suami sendiri . mujur lah suami baik . kalau orang lain dah kena tembak dah ni .

Comments are closed.