KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 28 Februari 2023 berbanding AS$114.4 bilion pada 15 Februari 2023.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette