sedekah fadhli shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Pas menempelak kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang meminta pembangkang agar berhenti mengigau untuk menjatuhkan kerajaan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, elaun kepada Mohammad Agus perlu dinaikan agar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah J-Kom tersebut lebih berkualiti.

Ini selepas Mohammad Agus meminta Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi dan pengikut parti pembangkang supaya berhenti daripada terus berpolitik dan menunggu pilihan raya umum (PRU) untuk mengambil alih kerajaan.

“Ketika slogan ‘strong formidable convincing‘ dua tahun lepas berkumandang, pada masa itu ada PRU kah?

“Saya harap elaun J-KOM dapat dinaikkan lagi bagi membolehkan kenyataan lebih berkualiti dapat dibuat,” kata Ketua Pemuda Perikatan Nasional itu.

Pada September 2020 media melaporkan, Anwar mendakwa mempunyai sokongan ‘strong, formidable and convincing‘ daripada Ahli Parlimen untuk mengambil alih kerajaan daripada Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson pada waktu itu mendakwa beliau sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat skongan berkenaan.

Bagaimanapun pertemuan itu terpaksa ditunda kerana Yang di-Pertuan Agong sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara.

Mohammad Agus hari ini berkata, Abdul Hadi dan pembangkang sukar menumbangkan kerajaan kerana wujudnya Akta Antilompat Parti.

Malah pembangkang akan berdepan dengan lebih banyak kesukaran kerana perdana menteri memiliki sokongan dua per tiga ahli Dewan Rakyat.

Pertukaran kerajaan, kata Mohammad Agus, sepatutnya berlaku melalui PRU.

“Dalam sistem demokrasi, menukar kerajaan adalah melalui pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, semua parti perlu bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

“Nanti apabila datang PRU berikutnya, serahkanlah semula mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan. Takkan itu pun tidak faham?” kata Mohammad Agus.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam, bahawa tindakan menukar kerajaan sebagai sesuatu yang “biasa” dalam politik.

Abdul Hadi berpandangan usaha menumbangkan kerajaan ‘dalam masa terdekat’ sesuatu yang dibolehkan kerana negara mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.-MalaysiaGazette

3 Komen

    • jika bukan Islam boleh ke melawan PEMERINTAH?
      dalam bible kamu boleh ke?
      minta pencerahan

    • DALAM ISLAM BOLEH LAWAN TETAP LAWAN….bila pemimpin yang DIANGKAT menjadi ZALIM menindas suara orang bawahan RASUAH sebagai budaya…MUNGKIR JANJI TIDAK AMANAH DAN PEMBOHONG….angkat maksiat tapi ilmuan agamawan diCANTAS alasan BODOH MUNAFIK politik tidak ada dalam ISLAM….TETAPI berpura2 sayang RASULLULAH yang HEBAT PIMPINAN dan POLITIKNYA…SEBALIKNYA

      semak TAFSIR….HENDAKLAH KAMU menjadi GOLONGAN yang memerangi Kemungkaran

Comments are closed.