Azmin Ali

PUTRAJAYA – Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) percaya Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersalah atas apa jua pertuduhan.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional itu juga adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Kita yakin Tan Sri Muhyiddin tidak bersalah dan tidak wajar dituduh atas apa juga pertuduhan.

“Bagaimanapun sebagai pendukung parti yang sentiasa menegaskan prinsip tanggungjawab, ketelusan, integriti dan menolak rasuah kleptokrasi, kami akan terus bersama-sama dengan Tan Sri,” katanya kepada media di perkarangan ibu pejabat SPRM, pagi ini.

Muhyiddin yang dilihat meninggalkan kediamannya di Bukit Damansara 10.57 pagi tadi dijangka tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 11 pagi untuk merakamkan keterangan berhubung siasatan kes skandal Jana Wibawa.

Dalam pada itu, Azmin berkata pertuduhan terhadap Muhyiddin adalah satu langkah untuk menyekat kebangkitan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Kita lihat ini satu permulaan gerakan masa yang akan berterusan kerana kita lihat ada usaha yang terancang melumpuhkan PN dan kebangkitan rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalu rasa tak salah tenang je la.. tak yah nk ulas itu.. ini.. biar pihak berkenaan laksanakan tugas sewajarnya.. kene batang hidung sendiri jd gelabah tak tentu arah.. lemah hang min!!!!

Comments are closed.