Naib Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (kiri) menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO.

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi hampir pasti menjawat jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO apabila jauh meninggalkan pencabarnya yang lain.

Setakat jam 5 petang tadi, Nurul Amal memperolehi 84 undi UMNO Bahagian pada pemilihan kali ini.

Keputusan itu menyaksikan Nurul Amal mengetepikan saingan pencabarnya, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang mendapat 32 undi.

Bekas Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai, Dr Masliha Harun, pula sekadar memperoleh 30 undi.

Pertandingan bagi merebut jawatan ketua Puteri UMNO menyaksikan pertembungan enam penjuru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast