Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Gesaan Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers), Datuk Seri Johari Abdul Ghani supaya menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dijawab tidak perlu oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Menurut Datuk Johari Abdul, tindakan itu tidak wajar kerana seseorang ahli Parlimen dilindingi di bawah Perlembangaan Persekutuan.

“Tidak payah siasat, tengok Perlembangaan, sangat jelas,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette.

Beliau diminta mengulas gesaan Johari yang mahu Speaker mengambil perhatian terhadap pendedahan Ka Siong.

Menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, dakwaan Ka Siong telah mencetuskan ‘loceng penggera’ di pelbagai peringkat dan Speaker mesti bertindak segera kerana ia menjejaskan prosiding di Parlimen dan keupayaan Ahli Parlimen untuk melaksanakan tugas mereka.

Menurut Speaker, peguam yang mengemukakan saman berkenaan seharusnya tahu bahawa semua ahli Parlimen adalah kebal daripada sebarang dakwaan sekiranya bercakap dalam Parlimen.

“Tidak ada mana-mana undang-undang yang boleh dikenakan terhadap ahli Parlimen yang bercakap dalam Parlimen, kalau dia bercakap di luar Parlimen, lain cerita.

“Tapi bila bercakap dalam Parlimen, saya rasa mana-mana peguam itu tidak faham Perlembangaan Persekutuan. Dia (peguam) kena baca Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Semalam, Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat seorang individu, yang mendakwa sebagai wakil J&E Advance Tech Sdn Bhd telah menghubunginya untuk menuntut penarikan balik kenyataan yang dibuatnya di Parlimen mengenai pengimportan telur dari India. .

Menurut Ka Siong, pemanggil itu mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO), selepas itu diputuskan bahawa Ahli Parlimen Ayer Hitam itu akan mengeluarkan kenyataan di Parlimen untuk menyelesaikan pertikaian yang dikatakan timbul daripada kenyataannya sebelum ini. – MalaysiaGazette

Johari minta Speaker siasat dakwaan Ka Siong