Paparan skrin memaparkan keputusan terkini tidak rasmi bagi calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia 2023-2026 di Menara DatoÕOnn, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terus mendahului persaingan bagi perebutan jawatan Naib Presiden UMNO.

Setakat 8.15 malam ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang itu mendapat 31 undi diikut pesaingnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (26 undi) dan Datuk Johari Abdul Ghani (19 undi).

Sementara itu, Datuk Lokman Noor Adam antara 25 calon yang mendapat undi tertinggi bagi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Penyandang bagi jawatan MKT, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah masih mendahului perebutan jawatan berkenaan dengan 11 undi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menjadi antara 25 calon yang mendapat undi tertinggi dengan yang terkini beliau mendapat 10 undi.

Ia diikuti Datuk Seri Bung Moktar Radin (10 undi), Datuk Seri Azeez Rahim (10 undi) dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan masing-masing mendapat sembilan undi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast