Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Pemilihan UMNO 2023 bagi calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyaksikan 10 nama hampir pasti memenangi 25 jawatan itu yang dipertandingkan dalam pemilihan parti kali ini.

Keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan ibu pejabat UMNO setakat jam 1.05 petang ini menyaksikan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah,  Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Datuk Seri Ahmad Maslan masih mendahului carta tiga teratas.

Ini diikuti dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Azian Osman, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin.

Manakala kedudukan 10 lagi calon Ahli MKT UMNO masih lagi berubah-ubah dalam  kemas kini jumlah undian masih sedang berjalan sejak jam 9 pagi tadi.

Antara Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Datuk Zahida Zarik Khan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Johan Abdul Aziz, Isham Jalil, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Dr Ahmad Said.

MalaysiaGazette difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan membuat sidang media mengenai keputusan Pemilihan UMNO 2023. – MalaysiaGazette