QUITO – Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas gempa bumi kuat melanda pantai selatan Ecuador.
Bangunan rosak di beberapa bandar selepas gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda pada tengah hari, waktu tempatan.
Wilayah selatan El Oro adalah yang paling teruk terjejas, dengan ramai orang masih terperangkap di dalam rumah yang runtuh.
Pusat gempa berhampiran Balao, kira-kira 50 batu (80km) dari bandar kedua terbesar Ecuador, Guayaquil, yang mempunyai tiga juta penduduk.
Sebanyak 11 kematian dilaporkan di El Oro dan satu di wilayah Azuay, kata pihak berkuasa.
Presiden Guillermo Lasso meminta rakyat Ecuador untuk bertenang ketika pegawai menilai kerosakan.
“Pasukan kecemasan sedang bergerak untuk menawarkan semua sokongan kepada penduduk yang terjejas,” katanya. – Agensi