Profesor Dr Mohd Hamdan Ahmad (kiri) dan Profesor Dr Madzlan Aziz (kanan)
Profesor Dr Mohd Hamdan Ahmad (kiri) dan Profesor Dr Madzlan Aziz (kanan)

TEMERLOH – Dua jiran bergelar profesor mendapat rezeki terpijak apabila tersenarai penerima darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) hari ini.

Kedua-dua juga sahabat itu berjiran di Taman U di Johor merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Madzlan Aziz dan Timbalan Naib Cancelor (Pembangunan) UTM, Profesor Dr Mohd Hamdan Ahmad.

Mereka  antara yang mendahului 166 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagi Madzlan yang berasal dari Kuantan, Pahang, beliau sudah berkecimpung dalam bidang kimia bateri sejak tahun 1993 dan pernah diitiraf sebagai penyelidik terbaik pada tahun 2005.

“Ini pertama kali saya menerima anugerah luar dari universiti dan  peringkat negeri dan menjadi pemangkin kepada saya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Walau pun saya sudah bersara, tapi beryuskur kidmat masih diperlukan,” katanya yang menjadi pensyarah kontrak UTM.

Manakala Mohd Hamdan pula menzahirkan rasa syukur atas kurniaan pingat dan baginya anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada ahli akademik.

“Pengiktirafan ini merupakan penghargaan kepada rakyat Pahang yang telah menyumbang khidmat dan bakti kepada negara,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh  hari ini,

Madzlan dan Hamdan mendahului  senarai 15 penerima darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP).

Diikuti 23 individu menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP), dan 18 penerima darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP).

Seramai 31 individu pula dikurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP), masing-masing 23 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), serta 33 individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK). – MalaysiaGazette