Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenangan bersama barisan kempimpinan tertinggi UMNO yang baharu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pertama di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – UMNO hari ini mengumumkan pelantikan baharu selepas pemilihan Ahli Majlils Kerja Tertinggi (MKT) berlangsung Sabtu lalu.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Datuk Seri Azalina Othman Said yang tewas pemilihan Naib Presiden diantik sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Isham Jalil.

Jawatan Bendahari Agung kekal dipegang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dilantik sebagai ahli Majlis Kerta Tertinggi (MKT) dan memegang portfolio Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Pengumuman dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan MKT UMNO pertama selepas pemilihan berlangsung di sini hari ini.

“Dengan pelantikan ini kami berazam untuk menterjemahkan lima hala tuju yang telah saya garis ketika ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO lalu.

“Di mana kita beri penugasan ini kepada beberapa ahli majlis dan ketua seketeriat yang disebutkan.

“Yang paling penting bagi kita untuk membuktikan gerakan bersama apabila berhadapan pilihan raya negeri,” kata Ahmad Zahid.

Selain Shahrizat, seramai 12 lagi dilantik sebagai MKT iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed; Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh; Datuk Ahmad Ismail; Datuk Seri Dr. Mohamed Shafie Abdullah dan Datuk Hasmuni Hassan.

Turut dilantik Datuk Mohd Hasnol Ayub; Datuk Mohd. Faizal Ramli; Datuk Ariff Abdul Majid; Datuk Seri Jailani Johari; Datuk Norliza Abdul Rahim; Mohamad Hairi Maad Shah dan Siti Sokhleha Nordin.

Pemegang portfolio:
Datuk Seri Reezal Merican Merican – Ketua Jabatan Pilihan Raya

Datuk Mohamad Alamin – Ketua Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara

Datuk Siti Aminah Aching – Ketua Sekretariat Pertanian, Peladangan dan Komuniti

Prof. Emiritus Dr. Kamaruddin M Said – Ketua Sekretariat Pendidikan

Datuk Seri Jamil Khir Baharum – Pengerusi Hal Ehwal Agama

Datuk Yabubah Khan – Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Sabah

Datuk Mohd. Sumali Reduan – Setiausaha Kerja

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri:

Perlis – Datuk Rozabil Abdul Rahman (pengerusi), Datuk Fathulbari Mat Jahya (timbalan)

Kedah – Datuk Seri Mahdzir Khalid (pengerusi), Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim (timbalan)

Kelantan – Ahmad Jazlan Yaakub (pengerusi), Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (timbalan)

Terengganu – Datuk Seri Ahmad Said (pengerusi), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (timbalan)

Pulau Pinang – Datuk Musa Sheikh Fadzir (pengerusi), Datuk Dr. Ir Shaikh Hussein Mydin (timbalan)

Perak – Datuk Seri Saarani Mohamad (pengerusi), Datuk Azian Osman (timbalan)

Pahang – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (pengerusi), Datuk Seri Ab. Hamid Nazahar (timbalan)

Selangor – Datuk Megat Zulkarnain Omardin (pengerusi), Datuk Johan Abd Aziz (timbalan)

Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Johari Abdul Ghani (pengerusi), Datuk Seri Dr. Shafei Abdullah (timbalan)

Negeri Sembilan – Datuk Seri Jalaluddin Alias (pengerusi), Datuk Hashim Rusdi (timbalan).

Melaka – Datuk Seri Ab Rauf Yusof (pengerusi), Datuk Rais Yasin (timbalan)

Sabah – Datuk Bung Mokhtar Radin (pengerusi), Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (timbalan). – MalaysiaGazette