Foto: FAM

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara layak ke pentas akhir Piala Merlion 2023 selepas membenam skuad B-22 Kemboja, 4-2, dalam aksi separuh akhir, petang tadi.

Pada perlawanan berlangsung di Stadium Jalan Besar di Singapura itu, skuad Harimau Muda kendalian E. Elavarasan tidak berdepan masalah mencetak gol pendahuluan menerusi jaringan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-13.

Berbekalkan momentum sedia ada, corak permainan skuad negara tampak semakin kemas sebelum satu lagi jaringan dihasilkan pada minit ke-30 menerusi V. Ruventhiran.

Tersentak dengan penguasaan skuad negara, Kemboja kembali mencari rentak untuk merapatkan kedudukan menerusi jaringan Lim Pisoth selang enam minit kemudian.

Bersambung babak kedua, kealpaan barisan pertahanan negara sekali lagi membuka peluang buat skuad kendalian Ryu Hirose untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Sieng Chanthea pada minit ke-50.

Tidak goyah dengan keadaan itu, skuad Harimau Muda kembali mengatur gerakan yang kemudian berhasil diterjemahkan dengan gol ketiga menerusi Fergus Tierney pada minit ke-62.

Jaringan Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal pada minit ke-73 ternyata mematahkan usaha Kemboja untuk bangkit semula sehingga wisel penamat ditiupkan.

Skuad Harimau Muda dijadual bertemu antara skuad B-22 Singapura atau B-22 Hong Kong di perlawanan akhir, Ahad ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.