Arif Aiman Mohd Hanafi.
KUALA LUMPUR – Dua pemain, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos telah dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas ujian yang dibuat mengesahkan kedua-dua itu mengalami kecederaan.
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gob berkata, situasi itu menyebabkan Arif Aiman dan Endrick tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa ini.

“Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan keberadaan dan status pemain sayap itu menjadi misteri selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), Padang Mawar di Pasir Gudang malam tadi.
Menurut Pan Gon, dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat dan tiada penambahan pemain baharu. – MalaysiaGazette