guru cemerlang
Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Ahli Majlis MARA kepada Siti Ajar Yasin di pejabatnya, hari ini. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Tokoh guru cemerlang, Siti Ajar Yasin dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan  merupakan wakil yang pertama dari Sarawak.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, nama Siti Ajar dicalonkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Cikgu Siti adalah Guru Cemerlang dan pernah dinobatkan sebagai Ikon Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) negeri Sarawak pada 2018.

“Saya yakin kepakaran Cikgu Siti memberi makna besar kepada MARA, khususnya dalam perancangan dan pelaksanaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pemerkasaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast