Tan Sri Musa Hassan

KUALA LUMPUR – Isteri kepada Tan Sri Musa Hassan, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil  hari ini memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Media dimaklumkan, isteri kepada bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu hadir ke Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) bersama dua peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.

Elly mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Beliau dipercayai memfailkan permohonan cerai itu atas alasan shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Pasangan yang berkahwin pada 2 Ogos 2013 itu dikurniakan seorang anak lelaki namun difahamkan kedua-dua mereka sudah tidak duduk serumah enam bulan lepas. – MalaysiaGazette