Kuala Lumpur Court Complex MACC MEIO case items evidence Hasanah Abdul Hamid
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 April depan untuk keputusan berkaitan kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Othman Arshad.

Mahkamah sepatutnya memutuskan keputusan kes itu namun ia dilapangkan bagi memberi laluan kepada tertuduh memfailkan hujahan lanjut untuk menjawab pendakwaan.

Peguam mewakili Othman, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) membuat pembayaran kepada syarikat yang dikaitkan dengannya.

Tertuduh sedang dibicarakan atas 32 pertuduhan berkaitan rasuah dan 64 pertuduhan pengubahan wang haram.

Othman didakwa mengemukakan tuntutan palsu kepada Pengarah Bahagian Kewangan MSN untuk pembayaran RM36.3 juta kepada syarikat dikaitkan dengannya.

Tertuduh juga dituduh menggunakan kedudukannya sebagai setiausaha di bahagian kewangan KBS untuk mengarahkan Ketua Pengarah MSN membayar sejumlah RM2.16 juta.

Dana itu didakwa telah dibayar kepada syarikat dikaitkan dengan anak-anak Othman kerana menganjurkan pelbagai program kementerian.

Difahamkan seramai 70 saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan manakala Otman adalah saksi pembelaan tunggal. -MalaysiaGazette