Dari kiri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Dr. Ahamd Zahid Hamidi ketika menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

BENTONG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memberi tiga sentuhan pentiing kepada Negeri Pahang Darul Makmur.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketiga-ketiga sentuhan oleh Presiden UMNO  tersebut memberi impak kepada landskap politik terhadap negeri ini ini.

Jelasnya, sentuhan pertama dapat dilihat dengan kejayaan keputusan Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15) yang memberikan kemenangan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

“Alhamdulillah sentuhan pertama Yang Amat Berhormat (Zahid) dapat kita pertahankan DUN Tioman di Rompin ketika Pilihanraya Umum (PRU-15) dan membina Masjid Selendang 2 yang bernilai RM3 juta.

“Apakah sentuhan kedua? Iaitu semasa banjir kilat di Felda Selancar dan Pewira Jaya yang mana jalannya terpecah dua. Beliau telah mengarahkan untuk terus menmbina Jambatan Baliey yang telah siap pada 7 Mac 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dihadiri 1,500 penduduk Bentong di Masjid Al-Falah di Lebu semalam.

Jelas Wan Rosdy, pembinaan jambatan itu sangat penting kerana ia memberi kesan kepada penduduk setempat sekali gus menyukarkan pesawit untuk mengngkut buah kelapa sawit.

“Yang ketiga sentuhan Zahid ketika hadir Majlis Pengenalan Calon UMNO di Genting Highland peringkat Negeri Pahang baru-baru ini.

“Tiga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dipilih termasuk Timbalan Pengerusi tetap yang dipilih dan ketika itu beliau mengatakan hanya seorang calon Naib Presiden UMNO dalam kalangan Menteri Besar.

“Dengan sentuhan ayat menjadi semangat dengan izin Tuhan, dengan sokongan rakan-rakan saya telah berjaya menduduki kerusi Naib Presiden UMNO,” katanya.

Sentuhan seterusnya, Wan Rosdy berkata, negeri ini mengharapkan pertimbangan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan bagi permohonan pembinaan empat buah masjid membabitkan kos RM17 juta di Pahang.

Empat masjid itu membabitkan Masjid Kariah Kampung Batu 8 Lepar, Pekan; Masjid Kariah Kampung Tebal, Temerloh; Masjid Kariah Kampung Serambi, Pekan dan Masjid Kariah Kampung Bukit Lada, Kuala Krau, Temerloh.

Tambah Wan Rosdy, kerajaan negeri juga telah mengemukakan permohonan 56 projek jalan luar bandar kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan anggaran peruntukan sebanyak RM2.174 bilion ringgit. – MalaysiaGazette