SPRM ventilator
Muhamad Akmal Salleh

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini, mengumumkan senarai pelantikan Ketua-ketua Pemuda di setiap negeri.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh turut mengumumkan senarai Naib Ketua Pemuda negeri bagi membantu ketua masing-masing di peringkat negeri.

Beliau mengumumkan senarai itu selepas mengambil kira pelbagai cadangan dan pandangan kepemimpinan semua peringkat.

“Sukacita saya umumkan barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO di peringkat negeri yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr. Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, senarai itu melengkapkan carta organisasi Pemuda bagi sesi 2023-2026.

Sebelum ini, beliau mengumumkan pelantikan Mohd Hafiz Ariffin sebagai Setiausaha Pemuda; Mohd. Naim Kurniawan Moktar (Bendahari); Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (Ketua Penerangan).

“Harapan saya, semoga pelantikan ini akan mengukuhkan institusi Pemuda di setiap negeri, sekali gus dapat menarik lebih lebih ramai golongan muda bersama UMNO.

“Selamat menjalankan tugas, selamat berkhidmat,” katanya.

Senarai Ketua-ketua Pemuda UMNO negeri bagi sesi 2023-2026

Senarai itu ialah Ketua Pemuda UMNO Perlis, Saiful Fariddil Jasmi dan Naib Ketua, Abdul Razak Abdul Rahim; Ketua Pemuda Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan dan Naib Ketuanya, Muhamad Jasnizam Muhamad Husni.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias, manakala Naib Ketuanya, Muhammad Yusuf Abdul Ghani; diikuti Perak diketuai, Nazirul Jamaluddin dan Naib Ketuanya, Fahmi Ahmad Jakhisi.

Bagi Kelantan, Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Naib Ketua, Mohd Sharizal Semsuddin; Ketua Pemuda Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Naib Ketua, Mohd Rozaini Mohd Rasli.

Pemuda UMNO Pahang diketuai, Mohd Kamil Ibrahim dan Naib Ketuanya, Wan Mohamad A’zam Wan Rosdy; Selangor pula Ketuanya, Mohd Imran Tamrin dan Naib Ketua, Mohd Shaffie Omar.

Wilayah Persekutuan diketuai, Datuk Aliff Firdaus Abd. Hadi dengan Naib Ketuanya, Mohd Zamri Mahamud; begitu juga Ketua Pemuda Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md. Zin dan Naib Ketua, Norazizan Ramly.

Ketua Pemuda UMNO Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid dan Naib Ketuanya, Muhammad Farouq Mustafa, manakala Ketua Pemuda Johor, Noor Azleen Ambros dan Naib Ketua, Dr. Mohammad Aswad Ithnain. – MalaysiaGazette