Noraini Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mengumumkan pelantikan tiga pegawai utama serta ketua dan naib ketua di negeri-negeri, hari ini.

Dalam kenyataan media hari ini, Wanita UMNO menyatakan, Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Setiausaha, Datin Maizatul Akmam Alawi sebagai Bendahari dan Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan dibuat oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam mesyuarat pertama ahli jawatankuasa sayap berkenaan bagi penggal 2023-2026 di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

Mesyuarat turut membincangkan penganjuran Program Imarah Ramadan yang akan diadakan pada 7 April ini, pukul 2 petang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

wanita umno
Ketua-ketua Wanita UMNO negeri bagi penggal 2023-2026.

Senarai pimpinan Wanita UMNO peringkat negeri yang baharu adalah seperti berikut:

Perlis
Ketua: Rozieana Ahmad (Arau)
Naib Ketua: Haslinda Ahmad (Padang Besar)

Kedah
Ketua: Datuk Norma Awang (Jerai)
Naib Ketua: Hisham Suhaily Othman (Langkawi)

Kelantan
Ketua: Norwahida Patuan (Jeli)
Naib Ketua: Datin Khazuni Othman (Kota Bharu)

Terengganu
Ketua: Tok Puan Zaitun Mat Amin (Marang)
Naib Ketua: Zurina Abd Rahman (Hulu Terengganu)

Pulau Pinang
Ketua: Nor Hafizah Othman (Tasek Gelugor)
Naib Ketua: Aishah Hussian (Balik Pulau)

Perak
Ketua: Salbiah Mohamed (Gerik)
Naib Ketua: Salina Samsudin (Tanjong Malim)

Pahang
Ketua: Norhasmimi Abdul Ghani (Kuala Krau)
Naib Ketua: Datuk Rosni Zahari (Maran)

Selangor
Ketua: Datuk Halimaton Sa’adiah Bohan (Sungai Buloh)
Naib Ketua: Datuk Rosni Sohar (Hulu Selangor)

Wilayah Persekutuan
Ketua: Nora’shekin Yusof (Batu)
Naib Ketua: Husna Abdul Rahaman (Putrajaya)

Negeri Sembilan
Ketua: Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (Kuala Pilah)
Naib Ketua: Zuredah Mohamad (Tampin)

Melaka
Ketua: Datuk Kalsom Noordin (Hang Tuah Jaya)
Naib Ketua: Datuk Nor Adibah Abdullah (Tangga Batu)

Johor
Ketua: Asiah Md Ariff (Kota Tinggi)
Naib Ketua: Datuk Norshida Ibrahim (Segamat)

Sabah
Ketua: Datuk Noraini Idris (Penampang)
Naib Ketua: Puan Chaya Sulaiman (Kalabakan) – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast