Gambar hiasan

 

MAKKAH — Pejabat  Hal Ehwal Dua Masjid Suci memperuntukkan beberapa tempat solat untuk golongan kurang upaya dan warga emas di Masjidil Haram.

Agensi Penolong Perkhidmatan Sosial, Sukarela dan Kemanusiaan Wanita turut menyediakan segala kemudahan di dalam kawasan solat yang telah diperuntukkan untuk pengunjung wanita semua kategori untuk bersolat dengan mudah dan selesa.

Kawasan solat telah ditentukan bagi setiap kategori yang mana sebahagiannya diperuntukkan untuk mereka yang menggunakan kerusi roda, lapor Saudi Gazette

Beberapa pengaturan telah dibuat untuk pengunjung yang cacat penglihatan termasuk tongkat, al-Quran elektronik dan kertas al-Quran dalam Braille, tempat fleksibel untuk al-Quran dan pena huruf.

Pejabat ini turut mengatur laluan keluar masuk wanita dan keluarga mereka untuk menjamin tiada kesesakan. – Agensi