RCI Najib
Dr. Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi keadilan yang lebih telus.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, skop RCI tersebut perlu mengambil kira penghakiman berbeza Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Persekutuan semalam.

“Akur dengan keputusan mahkamah bermaksud menghormati keputusan dan tidak turun ke jalanan membuta tuli kerana itulah yang selalu ditekankan oleh Najib ketika beliau berjumpa dengan Pemuda UMNO seluruh Malaysia.

“Tetapi bukan bermaksud kami setuju dengan apa yang telah diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel berkaitan: ‘Rayuan Najib tidak didengari dan berlaku ketidakadilan besar buatnya’ – Hakim Abdul Rahman

UMNO harap Lembaga Pengampunan untuk Najib terima hujah Abdul Rahman

Sedih keputusan semakan kehakiman Najib ditolak – Dr. Akmal

Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.

Daripada lima panel hakim, empat hakim tersebut menolak permohonan semakan manakala Abdul Rahman menyokong semakan dilakukan.

Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata: “Keadilan bukan sahaja mengenai rasa bersalah atau tidak bersalah seseorang yang dituduh, beliau juga mesti mempunyai perbicaraan yang adil. Beliau juga mesti merasakan beliau mempunyai perbicaraan yang adil. Jika sistem itu tidak mampu, beliau tidak patut dibicarakan sama sekali.” – MalaysiaGazette

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan Najib batal sabitan kes SRC

1 Komen

Comments are closed.