PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membatalkan permohonan dua penganut Kristian dari Sabah untuk mengembalikan saman terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghasut.
Tiga panel hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati permohonan tersebut tanpa mengikut aturan.
Turut bersidang atas talian ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Harminder Singh Dhaliwal.
Mahkamah juga tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.
Untuk makluman, pada 9 Disember 2020, Maklin dan Lawrence selaku plaintif memfailkan saman dengan mendakwa bekas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri itu telah mengeluarkan satu kenyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian.
Mereka mendakwa Abdul Hadi telah membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap penganut agama itu dan mubalighnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada 18 Januari 2016.
Mahkamah Rayuan pada 16 Ogos 2022 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu atas alasan saman tersebut tidak boleh dipertahankan dan seharusnya dibatalkan. -MalaysiaGazette
















