Gambar hiasan

BRASILIA – Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dibunuh oleh seorang lelaki yang menggunakan kapak ketika menyerang sebuah tadika di bandar Blumenau di selatan Brazil.

Empat lagi kanak-kanak cedera oleh penyerang berusia 25 tahun itu, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Kejadian yang berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan, ketika 40 orang kanak-kanak sudah berada dalam premis tersebut.

Penyerang itu dilaporkan menyerah diri dan ditahan

Dalam satu kenyataan, polis tentera berkata, penyerang telah menyerahkan dirinya di salah sebuah balai di bandar itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast