KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya melonjak dari rangking ke-145 ke ranking ke-38 dunia dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
Perkembangan terbaharu menerusi kenytaan di laman sesawang rasmi www.fifa.com itu, menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon berhasil mengumpul 1,082.13 mata dengan peningkatan 15.53 mata yang berjaya ditambah pada tahun ini.
Kali terakhir Malaysia menduduki rangking yang sama (138) adalah pada tahun 2011.
Kenaikan ranking dipengaruhi oleh dua kemenangan yang dilakar skuad negara ke atas Turkmenistan serta Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Mac lepas.
Perkembangan positif ini meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Turkmenistan (137), Saint Kitts and Nevis (139) dan Nicaragua (140).
Malaysia mengumpul 1,082.13 mata lebih tinggi berbanding Indonesia di kedudukan 149 (1,046.14 mata) serta Singapura di kedudukan 158 dunia (1,014.04 mata).
Sementara itu, tiga negara Asia Tenggara seperti Vietnam berada di kedudukan 95 dunia (1,229.69 mata), Thailand di kedudukan 114 dunia (1,171.88 mata) manakala Filipina di rangking 136 dunia (1,097.67 mata). – Bernama