MELAKA – Melaka menyasarkan sifar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang sebelum menguatkuasakan enakmen negeri berkaitan larangan bertukar parti di peringkat DUN.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ketika ini, Melaka hanya mempunyai dua DUN pembangkang daripada keseluruhan 28 kerusi.

“Sekarang ini kita dah ada lebih 26 kerusi ADUN kerajaan. Kita (Barisan Nasional) menang 21 kerusi, lima daripada blok Pakatan Harapan (PH) iaitu empat DAP, satu Amanah.

“Saya mensasarkan menjelang sebelum Enakmen Akta Lompat Parti dibentangkan saya harap negeri Melaka ini zero pembangkang.

“Saya harap they want to cross the bridge come over to us… jadi kalau itulah berjaya, sayalah manusia paling gembira di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas Majlis Berbuka Bersama Media dan Exco di Ames Hotel Ayer Keroh, di sini malam ini.

Melaka mempunyai dua ADUN pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN)
iaitu Dr Yadzil Yaakub bagi kerusi Bemban dan Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).

Sehingga kini, hanya tujuh negeri menguatkuasakan undang-undang lompat partii aitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Raof kau jangan buat hal cukup le kepala Welanon Jawa yang MENIPU Ahli partinya dan rakyat Malaysia.
    Rakyat sedia faham ungkapan laungan lolongan awalan No… No… yang dijeritkan itu bermakna nama singkatan parti KACUKAN dengan parti/individu diluar PARTI KERAMAT.
    jika itu niat kau maka beringatlah…. PAHANG TERENGGANU jika DUN itu beralih arah bagaimana? PAS/PN majority tau dan negeri tersebut belum ada sekatan lompat parti. Jangan buat Welanon Jawa terkebil-kebil… terketar-ketar tiada tongkat.

Comments are closed.