Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Dialog Bersama Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia di Uitm Shah Alam, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 07 APRIL 2023.

SHAH ALAM – Kepimpinan Kerajaan Perpaduan cuba membuktikan masih ada orang Melayu dan Islam yang boleh mentadbir negara dengan cekap dan bukan mencuri duit rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak hairanlah sebaik sahaja kerajaan dibentuk, ia bermula dengan mengutamakan tatakelola yang baik.

“Tanggungjawab kami pimpinan mencari supaya jangan ada kebocoran, jangan ada ketirisan, jangan ada orang ambil kesempatan, ambil projek dan sakau.

“Kalau kita boleh betulkan ini, saya percaya negara ini makmur dan mampu kita selesaikan masalah.tapi kita kena bermula dengan tatakelola yang baik.

“Saya nak tunjuk ada orang Melayu dan orang orang Islam yang boleh mentadbir dengan bersih, cekap dan tidak menyakau duit rakyat,” katanya pada Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Anwar juga mengulangi ketegasannya bahawa pembentukan Malaysia Madani perlu memastikan golongan elit tidak lagi menyalahgunakan kuasanya untuk membolot kekayaan.

“Merdeka itu bukan untuk mengayakan segelintir elit kecil. Merdeka itu ertinya rakyat terbanyak itu menikmati kemerdekaan.

“Saya dalam Madani ini melontarkan asakan yang kuat kepada kepada elit penguasa yang menggunakan kuasa untuk membolot kekayaan.

“Mereka menganggap jawatan Perdana Menteri dan Menteri itu bererti memperkayakan kronik sanak saudara

“Saya asak bukan hanya bantah tindakan ini tapi pemikiran ini harus dirombak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast