KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan dianjurkan pada 7 Jun depan, kata presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, penganjuran PAU 2023 dibuat lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
“Kita lakukan perhimpunan agung awal kali ini selepas itu kita akan pergi ke negeri-negeri untuk berkempen dan PRN di enam negeri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysiadi Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) malam ini.
Sementara itu, menurut Ahmad Zahid, pada 14 April ini juga akan diadakan Konvensyen Parti Kerajaan Perpaduan di WTCKL.
“..dan juga kita akan sama-sama dengan parti lain bagi kita bergerak bukan sahaha untuk PRN di enam negeri tetapi juga akan bergerak sebagai satu pasukan untuk pemantapan Kerajaan Perpaduan,” jelasnya lagi. – MalaysiaGazette