Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$115.5 bilion pada 31 Mac 2023 berbanding AS$114.0 bilion pada 15 Mac 2023.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette