Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan sumbangan kepada penduduk setempat pada Majlis Penyerahan Pek Prihatin Ramadan Bandar Tun Razak di Dewan Serbaguna PPR Taman Mulia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Umat Islam disaran mempertingkatkan amal ibadah menjelang 10 hari terakhir bulan Ramadan terutama bagi mencari malam Lailatul Qadar.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pecutan terakhir perlu dilakukan kerana malam itu hanya muncul sekali dalam setahun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, jika segelintir masyarakat boleh menunggu kemunculan model gajet terkini seperti Iphone, keterujaan yang sama perlu dirasai untuk menanti malam Lailatul Qadar.

“Saya ingat diri saya kalau inilah caranya untuk bertemu 10 hari terakhir di bulan Ramadan ini, kita cuba pecutkan dan cari satu malam yang lebih baik di mana setahun sekali sahaja datang.

“Saya teringat satu ceramah seorang ustaz, kalau kita boleh tunggu Iphone model terkini, kenapa tidak juga tunggu malam Lailatulqadar dan usahakan cari keberkatan satu malam.

“Ramadan ini juga penting kita sama-sama kongsi rezeki dengan antara satu sama lain. Kalau kita ingat itu, barulah kita rasa insaf dan mohon kepada empunya diri kita ini. Bukan dengan manusia kerana manusia juga dijadikan oleh Allah. Itulah saya selalu ingatkan diri saya,” katanya.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berucap pada Majlis Penyerahan Pek Prihatin Ramadan Bandar Tun Razak di Dewan Serbaguna PPR Taman Mulia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 APRIL 2023.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sumbangan Prihatin Ramadan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini hari ini.

Program itu anjuran Yayasan MYPRIHATIN dengan kerjasama Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) melalui badan amalnya PruBSN Prihatin.

Mengulas lanjut, Wan Azizah mengakui Parlimen Bandar Tun Razak memiliki jumlah penduduk miskin bandar antara yang tertinggi di negara ini.

Namun beliau memuji usaha Yayasan MYPRIHATIN dan PruBSN yang membantu golongan wanita dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan menjana pendapatan tambahan menerusi latihan dan kemahiran yang bersesuaian antaranya terlibat di dalam projek seperti kursus jahitan sebelum menghasilkan produk jahitan. – MalaysiaGazette

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan sumbangan kepada penduduk setempat pada Majlis Penyerahan Pek Prihatin Ramadan Bandar Tun Razak di Dewan Serbaguna PPR Taman Mulia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 APRIL 2023.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast