Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta berhampiran lampu isyarat Jalan Air Putih, Kuantan petang tadi.

KUANTAN – Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Proton Waja yang diparkir berhampiran lampu isyarat di Jalan Air Putih di sini petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 3.17 petang tadi.

“Tempat kejadian sebenar lebih kurang 10 meter dari lampu trafik Jalan Air Putih di mana orang awam telah menolak kereta yang berhenti tiba–tiba dan dipercayai mahu ke Jalan Beserah.

“Orang awam menyangka mangsa dalam keadaan pengsan telah menolak kereta itu berhampiran kawasan lapang berdekatan lampu trafik dan telah memaklumkan kejadian pada anggota bertugas Balai Polis Air Putih,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Mohd Zahari Wan Busu

Bagaimanapun, Wan Zahari berkata, mangsa yang merupakan seorang ejen insuran berusia 53 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada mendapati tubuh badan si mati, sekitar kawasan dan di dalam kereta tiada unsur unsur jenayah, ” jelas beliau.

Tambah Wan Zahari, isteri kepada mangsa memberitahu polis, mangsa tidak menghidap sebarang penyakit, tambahan pula merupakan seorang penderma darah.

Bagaimanapun, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk ujian saringan Covid-19 dan tindakan selanjutnya bagi mengetahui punca sebenar kematian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Sampai hari ni saya tak faham kenapa buat saringan covid19 pada mayat? Saya belajar dulu virus dan bakteria akan mati selepas beberapa jam perumah/badan manusia tiada oksigen.

    • kan maklum tu utk siasat punca kematian, kerana individu tu tak menghidap apa² penyakit. kalau Covid negative,diklasifikasi sebagai mati mengejut.

    • sebab di Malaysia terlalu ramai pakar..tetapi malas membuat penyelidikan tetapi lebih sukar mendengar, menceduk kajian orang lain dengan kata pakar palagiat.

Comments are closed.