Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri (Gambar fail)

IPOH – Polis hari ini menjumpai mayat dipercayai anggota tentera daripada Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang yang hilang ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 7 April lepas menemukan satu mayat dipercayai anggota tentera berkenaan pada 10.15 pagi tadi.

Mohd Yusri berkata mayat terbabit dibawa ke Hospital Gerik bagi proses bedah siasat.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) Perak merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Isnin, Mohd Yusri dilaporkan berkata hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan itu berlaku pada 5 petang Jumaat lepas semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan berkenaan.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang anggota tentera hilang di Hutan Belum

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast