Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Sembilan individu ditahan polis kerana menjual bunga api dan mercun tanpa lesen di Pekan dan kawasan sekitar bandar Kuantan dalam operasi yang dilakukan sejak sejak 28 Mac lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya turut merampas mercun dan bunga api bernilai RM13,060 daripada suspek yang berumur antara 24 hingga 49 tahun.

“Kesemua kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 di mana hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda RM7,000 atau keduanya sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf


Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama Ketua Polis Pahang Peringkat Zon A di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

Sementara itu, Ramli berkata, pihaknya menerima 424 permohonan menjual bunga api dan mercun sejak awal Ramadan dan daripada jumlah itu sebanyak 340 permohonan diluluskan, 50 permohonan ditolak dan 34 permohonan masih dalam proses.

Tambah beliau, antara punca permohonan ditolak kerana pemohon gagal melepasi tapisan ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, tiada surat sokongan daripada agensi lain dan lokasi penjualan tidak sesuai.

Jelasnya, terdapat permohonan ditolak kerana melanggar syarat ditetapkan seperti berniaga secara dalam talian dan melebihi had simpanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast