KUALA LUMPUR – Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi.
Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit mencadangkan agar Perdana Menteri mendedahkan penyelewengan Dr. Mahathir ketika menjawat jawatan Perdana Menteri keempat.
“Bila masa Tun M tidak gaduh dengan orang. Semua orang dia gaduh. Dengan Sultan dia gaduh. Dengan semua Perdana Menteri dia gaduh. Dengan Timbalan Perdana bawahnya pun bergaduh.
“Dia gaduh dengan Ketua Hakim, Peguam Negara dan UMNO. Dia juga gaduh dengan Mukriz anaknya. Sebab itu dia keluar daripada parti Perjuang.
“Paling teruk sekali dia gaduh dengan rakyat. Semoga PMX dedah sahaja penyelewengan Tun M. Itu bukan gaduh. Itu “Amal Maaruf Nahi Munka”, jelas Puad dalam satu kenyataan.
Puad berkata demikian mengulas kenyataan tujuh perenggan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang berkata akan meneruskan tuntutan sama terhadap Anwar sebaik lanjutan tuntutan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnahnya.
Mahathir mengambil tindakan demikian apabila Anwar mendakwa bekas perdana menteri itu yang mengetuai pentadbiran selama 22 tahun bawah kerajaan Barisan Nasional, dan 22 bulan semasa Pakatan Harapan memerintah pada 2018, mengkayakan diri dan keluarganya ketika berkuasa.
Kenyataan itu dibuat Anwar pada pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
Hari ini adalah hari terakhir untuk Presiden PKR itu menjawab notis tuntutan selepas menuduh Dr. Mahathir menyalahguna kuasa untuk memperkaya diri dan keluarga.
Malah Mahathir turut berkata, jika Anwar gagal berbuat demikian serta menarik balik tuduhan tersebut beliau akan terus mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang.
Pada 28 Mac lalu, Mahathir mengumumkan peguamnya menuntut Anwar menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari. – MalaysiaGazette
Pandai Pokcik Puad sebut *nahi mungkar* belajar dengan ustaz atau google?
Puad NAHI MUNGKAR
alhamdulillah dah berbaik menjiwai DAP harap kekallah roh itu ya. ini lah dinamakan *persenyawaan semula*.
Puad ni kot media berani jd batu api ja. Klu ngan Tun M, tak lepas p pun. Tara Nazri Aziz yg cakap berdegar pun sentot depan Tun M dulu. Takat Puad ni? Hahha.. demam amik MC klu Tun M ajak jumpa.