Petugas LZS menyampaikan sumbangan kepada keluarga bayi yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan berdasarkan kiriman Facebook LZS.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi yang mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk memiliki satu paru-paru dan buah pinggang menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menerusi hantaran di Facebook, agensi itu memaklumkan, pihaknya akan menanggung keperluan perubatan bayi berkenaan yang turut mengalami masalah berkaitan selaput otak.

“Bayi berkenaan juga mempunyai tulang rusuk terbentuk tidak normal dan masalah pembuangan najis,” katanya.

Menurut LZS, pihaknya membuat lawatan selepas mendapat panggilan daripada ibu bayi berkenaan yang juga ibu tunggal kepada dua anak.

Selain memberikan keperluan perubatan untuk bayi berkenaan bantuan turut dihulur untuk membiayai sewa rumah serta keperluan yang lain, katanya. – MalaysiaGazette