Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selepas lafaz cerai dengan suaminya Syamsul Yusof tidak berjaya kerana terdapat kecacatan pada laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) ketika di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah Liyana mengesahkan dia dan anak-anak akan meraikan Aidilfitri di kediaman mentuanya di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini.

Malah dia juga mengizinkan suaminya, Syamsul Yusof untuk melawat anak-anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Kalau dia nak berjumpa anak-anak, boleh saja. Silalah datang ke rumah di Taman Melawati, rumah Datuk Yusof Haslam. Saya akan beraya di sana dan pergi bercuti bersama,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah didakwa akan beraya di luar negara seperti yang dikongsikan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail, baru-baru ini.

Pelakon, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, hadir bagi proses lafaz cerai dengan suaminya Syamsul Yusof ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2023.

Sementara itu, Puteri Sarah, 38, berpendapat tuntutan dibuat terhadap Syamsul untuk proses perceraian tidak keterlaluan.

Dia berkata, turut berbincang dengan ibu bapanya termasuk mentuanya berhubung tuntutan tidak melebihi RM1 juta.

“Soal tuntutan, saya sudah berbincang dengan ibu bapa mentua, mereka juga bersetuju dengan tuntutan, tiada masalah.

“Apa-apa saya akan berbincang dengan ibu bapa saya dan mentua. Mereka bersetuju, mengatakan tuntutan saya hanya sedikit.

Berikutan itu, Puteri Sarah memaklumkan beliau tetap akan meneruskan perjuangannya untuk menuntut hak dua anaknya, Syaikhul Islam dan Summayah.

“Seperti yang saya katakan, kalau nak bersama isteri kedua, pergilah, tetapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah menyuarakan tidak berpuas hati terhadap permintaan Syamsul untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan mutaah.

Di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan hari ini, dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, Syamsul Yusof untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya.

Pelakon, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, hadir bagi proses lafaz cerai dengan suaminya Syamsul Yusof ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2023.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding hari ini akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian. – MalaysiaGazette