Logo Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka pada hari terakhir Ramadan bagi memberi ruang dan kesempatan kepada umat Islam untuk menunaikan zakat.

Waktu operasi kaunter pada hari terakhir Ramadan bermula jam 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke kaunter, bayaran zakat dan juga boleh dilaksanakan secara dalam talian iaitu zakat harta – www.zakat.com.my dan zakat fitrah – fitrah.zakat.com.my

Menurutnya, 10 Kaunter PPZ-MAIWP akan ditutup bermula 22 hingga 24 April 2023 dan akan dibuka semula pada 25 April 2023.

Bayaran zakat pada hari terakhir Ramadan melalui saluran-saluran tersebut juga berpeluang untuk memenangi hadiah Pakej Umrah dan lebih hadiah besempena Kempen Ramadan Anugerah Terindah. – MalaysiaGazette