Dalam soal nilai produktiviti sektor pembuatan, cuti khas boleh menyebabkan kerugian yang mencecah RM1 bilion. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, cuti khas Aidilfitri selama sehari mungkin menyebabkan kerugian mencecah RM1 bilion untuk sektor pembuatan.

Beliau berkata, kerajaan tidak patut mengumumkan cuti umum secara rawak.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja tidak dapat menciptakan nilai tambah, tetapi menjejaskan produktiviti dan membawa kerugian besar kepada perniagaan.

“Dalam soal nilai produktiviti sektor pembuatan, cuti khas boleh menyebabkan kerugian yang mencecah RM1 bilion,” katanya kepada Sinchew Daily.

Katanya lagi, dunia korporat perlu membayar kira-kira RM700 juta gaji dengan pertambahan sehari cuti khas.

“Kerajaan seharusnya menumpu perhatian untuk meningkatkan produktiviti dan menambah baik prestasi kita,” katanya.

Susulan daripadanya, beliau mencadangkan kerajaan untuk mengurangkan karenah birokrasi untuk menambah baik soal kos perniagaan.

“Kerajaan harus mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih baik untuk menarik kemasukan pelabur asing dan tempatan,” katanya.

Menurutnya, pengukuhan nilai ringgit yang pada ketika ini lemah boleh mengurangkan kos mengimport barangan separa siap untuk dijadikan barang siap di Malaysia. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. cuti khas sehari perniagaan kolomerat rugi lebih 1b? lain kali hulurlah ubat…. jika cepat dan besar dihulur yang telah diumum pun akan dikaji semula menggunakan kaedah kesihatan helah lain pun boleh dicipta

  2. Bila rugi meroyan satu dunia.
    Masa untung bilion2, senyap sepi, kot2 nak infak, haram dak.

Comments are closed.