Jutawan hartanah, Mohamad Azlan Al Amin ketika bercakap pada media mengenai saman fitnah terhadap penyebar video palsu aplikasi dari TikTok di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Haji Land Berhad, Datuk Muhammad Azlan Al Aminamat berharap supaya masyarakat umum tidak begitu bergantung harap dengan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan meringankan kehidupan terdesak ketika ini.

Katanya, rakyat yang terjejas ekonominya dan keperluan kehidupan tidak terikut-ikut dengan tindakan mengeluarkan wang tersebut membuta tuli yang akhirnya akan merugikan diri sendiri kelak.

Kata jutawan hartanah itu, sejak dahulu lagi wang KWSP buat simpanan hari tua kerana tidak ada sesiapa pun yang tahu apakah yang akan berlaku ketika itu.

“Pengeluaran KWSP, duit kita sendiri ketika belum capai umur 55 tahun ini sebenarnya langkah populis sahaja.

“Ramai yang terdesak meminta wang itu kerana bersikap jangka masa pendek tetapi kita juga perlu tapi kita kena tengok untuk jangka masa panjang, kesan kepada negara dan kesan kepada mereka sendiri pada masa hadapan.

“Duit ini hanya akan memberi keselesaan dan kepuasan sementara jangka masa panjang akan mengundang lebih banyak masalah ekonomi kepada rakyat dan menyebabkan mereka melarat.

“Keadaan sekarang memang ada kesukaran, tapi saya rasa bukanlah terlampau sukar, kita bukanlah mengalami krisis ekonomi yang terlalu gawat sehingga memaksa semua kantung-kantung kita kena pecahkan.

“Bertahan, kurangkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak berfaedah yang tidak membantu sangat,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Untuk makluman Muhammad Azlan menjadi bualan umum apabila berjaya membawa tahap kehidupannya daripada bergelar keluarga paling miskin di daerah Besut, Terengganu kepada jutawan hartanah dengan memiliki pelbagai bisnes berkaitan bidang itu.

Malah Muhammad Azlan juga sebelum mula berjinak dalam dunia hartanah pernah menjadi pengutip sampah bagi membantu keluarga yang hidup begitu sukar sekitar 90-an sehingga tahun 2000.

Kata Muhamad Azlan lagi, beliau sebenarnya agak ‘terbiasa’ dengan situasi terdesak dan miskin yang pernah menyebabkan keluarganya sukar untuk mendapatkan sesuap nasi.

“Kerana itu juga saya beri nasihat ini, bukan kerana saya sudah bergelar jutawan dan bina empayar seperti ini. Saya juga pernah duduk di tempat susah itu namun itulah cabaran dan pemangkin untuk saya berjaya.

“Kita masih ada banyak lagi jalan keluar. Kalau kita tengok sekarang, kalau berfikir secara positif, kita boleh menghasilkan dan mencipta banyak kaedah-kaedah baharu dalam perniagaan, supaya perniagaan kita itu terus ada kesinambungan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pengeluaran wang KWSP bukan jalan keluar altenatif terakhir sebaliknya kerajaan perlu ada sumber lain untuk membantu rakyat.

Jelasnya, kerajaan juga perlu mencari alternatif supaya kebergantungan kepada wang KWSP ini tidak diteruskan saban kali.

“Kita harus ingat bahawa wang KWSP ini adalah simpanan masa tua dan Malaysia sedang menuju ke arah masyarakat menua pada tahun 2030,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

20 Komen

  1. hang boleh la boss…kata jgn bergantung pd kwsp…hang kaya..duit berkepuk2…bg yg memerlukan …nk selesai hutang…pikiaq la org yg susah…hang mudahkan dan bantu org susah…Allah bantu hang…

    • puii² diaorang bukan mcm kita dalam acc bnk dorang ..tak yah cakap la…dorang xda di tempat kita boleh la sembang panjang²….kita bukan tak berkerja yg sebenar ye kwsp wet ye dah kuranng…angka dalam maya….je anuar pengang 1 pengal je…myk turun la apa la tabur janji da dapat mcm apa la….apa pon selamat hari raya

  2. cerita time dia boleh rentas masalah hidup tu masa harga barang rm50 penuh satu troli. sekarang beli ayam 3ekor pun dah lebih rm50. belum lagi barang2 lain. jika sudi bantu la mereka2 yg betul2 terdesak. banyak pahala
    bantu mereka yg susah dari cakap kosong jangan berharap KWSP.

  3. Sedap demo kecek demo tak tahu org bawahan susah lagu mana cerai berai rmh tangga anak seria tara nk raya lagi kijo xdok.Kecek tu tunduk bomi etek gak jgn lengok langit sokmo

  4. Dia dah kaya boleh lah cakap dia boleh jaga org bawah dia yg kita ni dah lah sakit di timpa tangga.macam dia boleh bantu yg 320k ahli yg mahukan duit kami ni. Belum tentu dia mampu, cakap banyak boleh lah.

  5. Kata jutawan hartanah itu, …buat simpanan hari tua kerana tidak ada sesiapa pun yang tahu apakah yang akan berlaku..
    kharrk phuihh jutawan bodoh menilai…
    kau ingat rakyat yang terdesak sekarang. **dia belum tahu apa yang berlaku sekarang ke? Simpan BODOH tu untuk anakberanak jadi jutawan

  6. Suruhlah jutawan tu duduk kat tempat orang yang tengah fikir macamana nak langsaikan hutang.terpaksa ikat perut sebab kos sara hidup yang meningkat

  7. Org kaya duit byk ni kalo tk sembang juah mmg tk tenang agaknya hidup….
    Jutawan hati perut busuk….

  8. cakap senang Belum tentu lagi umur panjang smpai ke Tua.., Rakyat xbodoh dia mintak bsebab walau xsesak sekali pun, dia tau NK manage duit KWSP Tu MCM mana

  9. duit orang, bia laa dia orang nk kluarkan. yang kau dah kaya sebok nak kisah duit org pasal apa. klau mereka tk ambil langkah skrg. boleh terjamin ke mreka tu hidup dan sempat merasa duit tu msa umur 55 ?

  10. ko dah kaya boleh la kuar statement mcmtu, cuba ko berada di situasi kami yang sangat2 memerlukan skrg ni
    mesti ko nak juga duit kwsp tu…. kalau tak boleh nak membantu lebih baik diam

  11. scammer tanah yg terpalit penipuan pun malaysiagazette boleh pergi temuramah knp wartawan malaysiagazette tak buat kajian ker memalukan etika kewartawanan sungguh

Comments are closed.