TUMPAT- Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Pas berhasrat mengekalkan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, lapan daripada 45 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pula akan diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jelas beliau, perkara tersebut telah diputuskan dalam perbincangan asas yang dilakukan kedua-dua parti sebelum ini.
“Bagaimanapun perbincangan mengenai agihan kerusi selepas ini masih tidak diketahui, tunggulah jika ada perubahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Wakaf Bharu, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Besar itu memberitahu, Pas sudah mempunyai senarai nama yang akan diangkat sebagai calon pada PRN nanti.
Katanya, senarai nama itu akan ditapis dan keputusan akhir diputuskan oleh Menteri Besar.
“Persiapan kita (Pas) untuk PRN sudah berada pada tahap maksimum. Berkait dengan pembuburan DUN Kelantan, kita akan buat pada dua minggu lebih awal daripada tarikh akhir iaitu 28 Jun,” katanya. – MalaysiaGazette
PAS bagilah kekal UMNO bertanding dikerusi tu jangan bagi BERSATU lawan… nanti apa kata akarumbi UMNO tak kesian ke tak Islamic ke tak kenang ke tak nak tolong ke…
akarumbi UMNO nak bagi pemimpin UMNO digeruni DAP. bagilah sedikit tempat. hahaha