Anwar Rakyat
Zukri Ahmad

KUALA LUMPUR – Penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri dilihat sebagai bukti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terdesak ketika berdepan gelombang penolakan rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Zurk Ahmad mempersoalkan mengapa hanya enam negeri yang dipilih sedangkan Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri untuk rakyat di seluruh negara.

“Kenapa hanya memilih enam negeri yang bakal berdepan pilihan raya sahaja sebagai tapak meraih sokongan rakyat? Bagaimana dengan negeri lain?

“Adakah Anwar serius mahu menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia atau tidak sabar untuk hilang jawatan dan hanya memimpin kerja-kerja politik bagi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang ini?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 21 April lalu, Anwar menafikan dakwaan bahawa pemilihan tiga negeri pembangkang untuk penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani tahun ini ada kaitan dengan PRN akan datang.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani akan bermula di Alor Setar pada 29 April diikuti Bukit Mertajam (6 Mei), Seremban (7 Mei), Kota Bharu (12 Mei), Kuala Terengganu (13 Mei) dan Batu Caves (14 Mei).

Sehubungan itu, Zurk menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani dianggap sebagai program kempen PRN dan tidak wajar diadakan.

Malah, beliau menyifatkan program tersebut bertentangan dengan hasrat Kerajaan Madani yang mahu melaksanakan penjimatan ketika berbelanja.

“Mana lebih jimat: satu atau enam? Di mana pakar formula? Apakah sudah segan silu bermain angka?” soalnya.

Zurk turut menyarankan agar Anwar belajar daripada Pas yang menggunakan premis dan dana yang diusahakan oleh ahli-ahlinya sendiri dalam penganjuran aktiviti berunsur politik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Lebai2.. patutnya fokus isu bekalan air bersih yang membelenggu rakyat khususnya musim perayaan agar ada sedikit langkah penyelesaian. Air dekat dengan kehidupan rakyat bukannya isu jamuan raya. Berketul2 pangkat n darjat kat bahu baju uniform yg kau pakai tu adalah tanggungjawab sebagai pemimpin masy bukan setakat komen ttg jamuan raya.

Comments are closed.