Thursday, December 12, 2024
Home Sukan Reus kekal di Dortmund untuk musim ke-12

Reus kekal di Dortmund untuk musim ke-12

Marco Reus. Foto Twitter Borussia Dortmund.
LONDON – Marco Reus melanjutkan kontraknya setahun lagi dengan Borussia Dortmund sambil kapten itu menyasarkan meriah banyak kejayaan dalam Bundesliga.
Pemeteraian kontrak itu menyaksikan dia kekal pada musim ke-12  sebagai pemain pasukan utama Dortmund dan kemungkinan musim yang terakhir pada tahun depan.
Pemain berusia 33 tahun itu turut berharap kelab itu berjaya mempertahankan kejuaraan selepas dia memilih untuk kekal hingga akhir kempen 2023-24.
Reus yang dilahirkan di Dortmund hadir ke kelab itu selepas menghabiskan enam musim di Rot Weiss Ahlen dan Borussia Monchengladbach di mana dia menjadi watak penting sejak kembali ke Dortmund pada 2012.
Reus kini hanya dipisah 16 gol daripada rekod terbanyak kelab itu yang menjadi milik Adi Preissler sebanyak  177 jaringan.
“Sebagai sebuah pasukan, kami sama seperti semua peminat yang mempunyai matlamat besar di fikiran dan  ketika ini tumpuan penuh untuk muncul juara Jerman dan untuk menjayakannya, kami memerlukan sokongan peminat,” katanya di media sosial miliknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast