TORONTO – Ketua Staf Tentera Amerika Syarikat (AS), James McConville semalam mengarahkan juruterbang menggantungkan semua penerbangan yang tidak membabitkan misi kritikal.
Arahan tersebut diambil selepas dua kemalangan helikopter yang mengakibat 12 tentera terbunuh, baru-baru ini.
“Keselamtan juruterbang merupakan keutamaan kami, dan penggantungan ini merupakan langkah penting bagi memastikan kami melakukan apa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan dan melindungi kakitangan kami,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik agensi Anadolu.
Arahan tersebut dikeluarkan berikutan perlanggaran dua helikopter AH-64, Apache, di udara yang pulang daripada misi latihan berhampiran Fort Wainwright, Alaska pada Khamis lalu.
Tiga tentera terkorban dan seorang dimasukkan ke hospital akibat insiden tersebut.
Pada biulan lalu, sembilan tentera terbunuh semasa penerbangan latihan rutin berdekatan Fort Campbell, Kentucky, apabila dua helikopter HH-60, Blackhawks bertembung.
Kedua-dua kemalangan tersebut sedang disiasat, kata kenyataan itu.
“Juruterbang-juruterbang tentera ‘akan memberi tumpuan kepada keselamatan dan protokol latihan bagi memastikan juruterbang-juterbang dan kru-kru kami mempunyai pengetahuan, latihan dan kesedaran bagi memastikan tugasan misi mereka dilaksanakan dengan selamat,” kata McConville.
Unit-unit tugasan aktif akan melaksanakan penggantungan tugas antara 1 hingga 5 Mei manakala Pengawal Nasional dan Simpanan akan melaksanakannya sehingga 31 Mei, menurut kenyataan itu. – Agensi